Kelapa Pandan





Kelapa Pandan (Cocos nuciferamerupakan satu tanaman saka dari keluarga ARECACEAE yang diusahakan untuk tujuan minuman air kelapa segar di Malaysia.

Jarak tanaman
 ditanam sekitar 23 kaki x 23 kaki. Ini kerana jarak tanaman apabila pokok berumur 10 tahun akan jadi lebih rapat dan menjejaskan sinaran matahari. 

Pembajaan Kelapa Pandan dikebun ini menggunakan sejenis baja impot (Jenis Yara Mila) yang mana ianya mengandungi NPK 12:11:18S:3 MgO + 85 + TE dan sangat berkesan untuk kesuburan pokok kelapa pandan. Baja Yara Mila diimpot dan diedar oleh sebuah syarikat di Tangkak, Muar, Johor. Baja sebatian SOP juga digunakan (NPK15:10:20:2 TE) yang di tabur sebanyak 4 kali setahun pada kadar 200 gram sepokok. Bagi mempastikan kualiti hasil kelapa seperti dikehendaki iaitu ujudnya kualiti'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis', maka teknologi bubuh Garam Makan/Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun. Baja organik tahi ayam proses juga ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok. Perlu difahami yang pokok kelapa pandan memerlukan baja organik yang banyak untuk menjamin kesuburan pokok.


Kelapa pandan yang telah dipetik tidak boleh dibiarkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari yang terik. Pemunggahan juga perlu dilakukan dengan cermat.

Kelapa pandan memerlukan masa tiga tahun untuk mula mengeluarkan hasil.

Kelapa pandan boleh memberikan hasil sehingga 15 tahun.

Kelebihan kelapa PANDAN :

  • Berbuah banyak (Sehingga 15 biji setandan)
  • 1 pokok Kelapa Pandan matang boleh menghasilkan sehingga 100biji 
  • Sangat sesuai di jadikan minuman
  • Mula berbuah dengan seawal 2 tahun 8 bulan
  • Isi tebal


3 comments:

  1. nak tanya supplier baja seperti yg digunakan oleh tuan, utk tujuan kelapa pandan saya

    ReplyDelete
  2. Boss, bagaimana mana nak elak kelapa pandan pecah, jatuh banyak daripada pokok, pecah dalam, bagaimana mana tahu kelapa tu cukup masak untuk dipetik. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Harap boss boleh tolong saya dan email kepada saya (dingdongjohn999@gmail.com) terima kasih

    ReplyDelete