Kelapa Matak

  

Tanaman Kelapa Matak

Rancangan pertanian moden dibawah projek rancangan Malaysia ke-9(RMK9) adalah projek tanaman kelapa MATAK iaitu kelapa rendang.

MATAK adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAK adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAK perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. 
Kelapa MATAK merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun.


Buah Kelapa Matak akan keluar pada sebelah luar pelepah,yang mana akan memberikan lebih banyak buah berbanding pokok kelapa biasa y berbuah di sebelah dalam pelepah.Setiap tandan mampu menghasilkan sehinnga 25 biji dan juga setiap pokok mampu mengeluarkan lebih 200 biji kelapa.

Kelebihan kelapa MATAK :
  • Berbuah banyak (Sehingga 25 biji setandan)
  • 1 pokok Kelapa Matak matang boleh menghasilkan sehingga 200biji 
  • Mampu mengeluarkan lebih 40,000 biji sehektar setahun.
  • Mula berbuah dengan seawal 2 tahun 8 bulan
  • Isi tebal
  • Mempunyai kandungan santan y pekat


Hanya petani @ peladang yang memberikan komitmen yang tinggi sahaja diberikan bantuan untuk melaksanakan dan menjayakan projek ini. 


Kami di Zali Garden bersedia membekalkan benih serta anak pokok kelapa MATAK ini dalam skala yang besar.






Tapak semaian anak kelapa Matak

 

Kelapa Matak berusia 6 bulan.


Mempunyai batang pokok yang tegap dan besar apabila berusia 1 tahun


Kelapa Matak berusia 1Tahun.





4 comments:

  1. Benih kelapa yg ori biasa di berikan cert dari badan bertauliah.

    ReplyDelete
  2. Di mana ada jual ank pokok kelapa matak negara

    ReplyDelete
  3. Saya pernah beli benih kelapa matag ni dari en.zali
    Saya tanam lebih 100 pokok.
    Kini berusia 8 tahun, ada yang masih belum berbuah dan kebanyakkan
    telah mencapai 12 kaki lebih, begitu juga kawan-kawan saya yang tanam sepuluh lima belas pokok magalami masalah sama juga...cepat tinggi
    Tidak tahu apakah masalahnya...

    ReplyDelete
  4. Saya pernah beli benih kelapa matag ni dari en.zali
    Saya tanam lebih 100 pokok.
    Kini berusia 8 tahun, ada yang masih belum berbuah dan kebanyakkan
    telah mencapai 12 kaki lebih, begitu juga kawan-kawan saya yang tanam sepuluh lima belas pokok magalami masalah sama juga...cepat tinggi
    Tidak tahu apakah masalahnya...

    ReplyDelete